![]() |
Nabra Hassanen |
Nabra Hassanen dikatakan berbuka puasa bersama rakan-rakannya, ketika mereka mahu pulang, seorang lelaki telah datang ke arah Nabra Hassanen dan memukulnya dengan kayu besbol lalu membawa ia menaiki kereta.
Keesokan hati mayatnya dijumpai dalam kolam berdekatan. Kayu besbol juga ditemui di Herndon, Virginia.
“Saya yakin kejadian itu berlaku kerana cara dia berpakaian dan kerana dia seorang Muslim,” ujar ibunya, Sawsan Gazzar kepada Washington Post.
Darwin Martinez Torres, 22, telah diberkas dan disabit kesalahan bunuh.
Polis tidak mendedahkan motif sebenar pembunuhan tetapi menurut mereka, ia adalah jenayah dengan niat benci.
Pertubuhan 'All Dulles Area Muslim Society' (Adams) telah memberitahu kepada sekumpulan remaja perempuan untuk masuk ke dalam bangunan, tetapi Nabra dilaporkan terpisah dari mereka.
Satu kutipan derma untuk membantu keluarga Nabra telah berjaya mengumpulkan lebih £100,000 (RM542,137).
Serangan itu telah dilaporkan berlaku sehari sebelum serangan pengganas di luar masjid di Finsbury Park, Utara London.
Seorang lelaki telah ditangkap selepas merempuh ramai jemaah masjid dengan sebuah van putih ketika mereka sedang membantu seorang lelaki. - mStar Online

No comments:
Post a Comment