Friday, 21 July 2017

KOTA BHARU ! Ayah rogol anak kandung ketika ke tandas !!


KOTA BHARU - Seorang bapa yang sepatutnya melindungi anak gadisnya, tergamak merogol anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Tasek Badang di sini semalam.
Mangsa yang baru berusia 14 tahun memberitahu kepada ibunya sebelum ini bapanya pernah beberapa kali meraba alat sulitnya sebelum terjadinya perlakuan itu.

Ayah rogol anak kandung ketika ke tandas !

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa menuju ke dapur untuk mandi sebelum dihampiri bapanya dari belakang dan mengheret mangsa.
Mangsa tidak dapat mengelak dan suspek mengugut mangsa untuk memukulnya jika dia menjerit.
Semasa kejadian, hanya mangsa dan bapanya berada dalam rumah mereka manakala ibunya berada di luar rumah.
Mangsa hanya mampu menangis selepas keluar dari tandas dan tindakan itu hanya disedari selepas remaja itu memberitahu ibunya yang dia telah dirogol bapanya.
Remaja itu kemudiannya di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil siasatan yang dijalankan pihaknya berjaya menahan suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh.

No comments:

Post a Comment